-->

Kehidupan Ana Di Dalam Dunia Islam

Ana bukan maksum macam Nabi kita Muhammad S.A.W . Setiap manusia tidak akan lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan .. Tegurlah Ana sekiranya Ana ada melakukan kesalahan yang tidak Ana sedari. ~Hamba Allah~ TAKBIR!!! ALLAHUAKHBAR الله أكبر ^_^ - hamba Allah, umat Nabi Muhammad S.A.W, umat Islam -


widgeo.net

Wednesday, April 18, 2012

ajal maut di tgn tuan k..~ so,, don't judge it yurself ouhkayy......~

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wuduk sambil menangis.
Apabila orang tua itu melihat anak kecil itu menangis maka dia pun berkata: “Wahai anak kecil, kenapa kamu menangis?”
Maka berkata anak kecil itu. “Wahai pakcik, saya telah membaca ayat Al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi “Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum” yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu.” Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan kedalam neraka.”Berkata orang tua itu. “Wahai anak, janganlah kamu takut sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam neraka.”
Berkata anak kecil itu. “Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali mereka akan meletakkan ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka meletakkan kayu besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa.”
Berkata orang tua itu, sambil menangis: “Sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?”-Soal dosa pahala,jangan dibuat main-main.Ianya bukan permainan.-Si Malaikat yang datang,tak pernah disoalnya mangsanya tentang umurnya.Nyawa terus disentap tanpa dikira usia.
Insan,ingatlah MATI.

Posted by Unknown at Wednesday, April 18, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

day and date


Rukun Iman

Rukun Iman ada enam (6) perkara :

(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar

Rukun Islam

Rukun Islam ada lima (5) perkara :

(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
(5) Menunaikan zakat

Search This Blog

Picture Window theme. Theme images by latex. Powered by Blogger.