-->

Kehidupan Ana Di Dalam Dunia Islam

Ana bukan maksum macam Nabi kita Muhammad S.A.W . Setiap manusia tidak akan lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan .. Tegurlah Ana sekiranya Ana ada melakukan kesalahan yang tidak Ana sedari. ~Hamba Allah~ TAKBIR!!! ALLAHUAKHBAR الله أكبر ^_^ - hamba Allah, umat Nabi Muhammad S.A.W, umat Islam -


widgeo.net

Friday, September 6, 2013

Bawah dagu aurat Kaum Hawa .... ^_^

Bahagian Bawah Dagu Wanita Aurat Ataupun Tidak?

Soalan:

Adakah dagu wanita termasuk aurat (anggota) yang dilarang memperlihatkannya.. saya ada melihat wanita yang memakai tudung dan menutup dagunya..minta penjelasan wallahua'lam


Jawapan:

Dagu wanita tidak termasuk di dalam aurat. Barangkali yang dimaksudkan oleh saudara penyoal iaitulah bahagian bawah dagu wanita. Jika benar demikian, maka jawapannya, bahagian bawah dagu wanita adalah TERMASUK AURAT yang wajib ditutup. Ini kerana bahagian tersebut tidak termasuk dari batas-batas wajah yang boleh dibuka. al-Syirazi berkata:

والوجه ما بين منابت شعر الرأس إلى الذقن ومنتهى اللحيين طولاً، ومن الأذن إلى الأذن عرضاً

Maksudnya: “Dan wajah itu apa yang ada diantara tempat tumbuh rambut kepala hingga ke dagu dan hujung kedua-dua rahang, secara panjang. Lebarnya pula dari telinga hingga ke telingan satu lagi.”

Kata al-Nawawi di dalam al-Majmu’ ketika memberi komentar kepada perkataan al-Syirazi ini:

هذا الذي ذكره المصنف في حد الوجه هو الصواب الذي عليه الأصحاب ونص عليه الشافعي رحمه الله في الأم

Maksudnya: “Yang disebut oleh penulis (al-Syirazi) tentang batas wajah, ianya benar seperti pandangan al-Ashab, dan telah dinyatakan perkara ini oleh al-Syafie RH di dalam kitabnya al-Umm.”

Berdasarkan kenyataan ini, sekali lagi dinyatakan bahawa bahagian bawah dagu TIDAK TERMASUK WAJAH, oleh kerana itu ia WAJIB DITUTUP.

Wallahu a’lam. 
Posted by Unknown at Friday, September 06, 2013
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

day and date


Rukun Iman

Rukun Iman ada enam (6) perkara :

(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar

Rukun Islam

Rukun Islam ada lima (5) perkara :

(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
(5) Menunaikan zakat

Search This Blog

Picture Window theme. Theme images by latex. Powered by Blogger.