kenapa pakai purdah???
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Pengasih...
Nahmaduhu wanusalli wanusallim a'la rasulihilkareem...
Hanim,19 tahun, pelajar, wanita muslimah yang berpurdah, namun bukan lah pelajar aliran pengajian islam ataupun "ustazah". Mengambil bidang matematik di UKM. Tahun pertama. Sering di gelar "ustazah" oleh rakan-rakan dek purdah yang dikenakan.
Kelas agama oleh ustaz Amirul yang hanya seminggu sekali itu baru berakhir, para pelajar mula beredar. Meninggalkan beberapa pelajar yang masih belum berhajat utk pulang. Termasuk lah Hanim.
"Erm Hanim, nak tanye sket, purdah tu wajib ke?" Fatin Nadhirah, rakan baiknya yang duduk bersebelahan dengannya bertanya. "entahla~" jawab Hanim mudah. Kelihatan matanya mengecil. Tersenyum barangkali. "Aik? entah je? abes tu, Hanim pakai purdah ni sebab ape? saje suke2? ke nak nampak macam "ninja"? hehe.." gurau Fatin . Sekali lagi mata Aishah mengecil.
"erm..ok lah..sebelum tu, Hanim nak tanya Fatin dulu. Ape itu sunnah dan apa yang dimaksudkan dengan hukum sunat?" Hanim mengajak Fatin untuk berfikir. "Alaah~ mudah jep, sunnah tu segala2nya dari Nabi saw, baik perbuatan, percakapan, dan semua la. dan utk hukum sunat, sume orang slalu cakap, buat dapat pahala, tak buat tak dapat pape~ kan2?"
"MashaAllah, hebat Fatin ni. buleh jadi ustazah dah ni~ buleh ganti ustaz amirul.hehe." Hanim bergurau. "Ade2 je la Aishah ni. "Fatin bersuara malu. "Gurau aje la..ok2..kite sambung balik eh.." Hanim mengembalikan perbincangan. "Betul sgt ape yg Fatin cakap tadi. Pasal sunnah dan hukum sunat. Sunnah sememangnya segala yang bersandar kepada Nabi SAW, bermula dari cakap baginda, akhlak baginda, pakaian baginda hinggalah pemikiran baginda saw. Cuma ade sikit pembetulan pada definisi hukum sunat yang Fatin kata tadi tu.."
"Eh salah ke? astaghfirullahalazim~" kerisauan Fatin jelas terpancar. "Hanim tak kata salah, sebab Hanim bukan ustazah atau ahli hukum hakam, so, Hanim pun tak berani nak kata orang salah. Cuma Hanim ada pendirian berasaskan sumber yang Hanim sendiri yakin." Fatin tersenyum kagum mendengar penjelasan Hanim yang sentiasa merendah diri.
"Alah, Hanim ni rendah diri pulak.. macam la Fatin tak tau.. Hanim selalu ikut Mama Hanim pergi belajar kitab.. Jadi, sememangnya Hanim hebat dalam hal2 agama~" Fatin memuji Hanim. "segala Pujian kembali kepada Allah, Hanim cuma ikut sikit2 aje.." Hanim memujuk hati supaya tidak terkesan dengan pujian tersebut.
"Ok2..sambung eh, yang pasal hukum sunat tu, Hanim pernah ditegur seorang ustazah. Dia cakap, sunat ini sebenarnya sunnah la. Jadi, sapa yang buat dapat pahala, sapa yang tak buat bukan sahaja tak dapat apa2. Tapi, dia juga turut rugi. Kan Allah dah sebut dalam surah al-'Asr, "setiap manusia itu dalam kerugian..". Cuba kalau Aqilah berniaga. Kalau tak dapat untung takpe lagi, sebab masih buleh mengembalikan modal, tapi kalau rugi? rasa macam dah tak nak berniaga dah kan? Itu baru definisi rugi oleh manusia, inikan pula definisi rugi dari yang maha Pencipta. Pasti dan pasti ia tak baek untuk kita." Hurai Hanim.
"Oooo..mcam tu eh. Betul2. Baru tadi Ustaz Amirul tegur budak2 datang lambat ke kelas menggunakan surah tu. hehe. ok2. erm..jadi, Hanim pakai purdah sebab hukumnya sunat la eh? buat dapat pahala, tak buat rugi..gitu?" Fatin kembali bertanya. "Tak jugak~" sekali lagi mudah Hanim menjawab. "Pulak dah~ abes tu apa kena mengena dengan sunnah dan hukum sunat yang Hanim terangkan tadi?" Fatin inginkan penjelasan.
"Sunnah dan sunat itu adalah jawapan untuk soalan Fatin yang pertama tadi." Hanim menjelaskan. "Oh, jadi, hukum pemakaian purdah itu hukumnya sunat la eh?" Fatin inginkan kepastian. ""Ya" pada Hanim, mungkin "tidak" bagi orang lain. Ada yang kata wajib, ada juga yang kata haram, macam2. tapi pada Hanim, ia tetap sunnah, siapa yang pakai purdah, ada ganjaran besar bagi nya. inshaAllah." Hanim menjawab. "Eh, tapi, sunnah kan apa yang dari Nabi saw...takkan la Nabi ....." Fatin kelihatan cuba membayangkan sesuatu. Mungkin lelaki memakai purdah.
Hanim ketawa kecil, "memanglah Nabi saw tak pakai purdah sayang oi..tapi, isteri dan anak2 Nabi saw pakai niqab. Ikut sahabat dan sahabiyah itu juga sunnah, sebab mereka hanya melakukan apa yang Nabi saw redha dan mereka pasti akan tinggalkan apa yg Nabi saw larang. Kesannya, di dunia lagi Allah swt dah kasi "title" yang hanya di perolehi oleh ahli syurga di syurga kelak". " "title" ahli syurga? apa die?" Fatin ingin tahu. "RadiaAllahu'anhu waradhu'anh (Allah redha ke atas mereka)" jawab Hanim.
"Oooo..Jadi, apa pulak jawapan Hanim utk soalan kedua tu? hehe" Fatin tetap ingin tahu. "Oklah..senang je..sebab Hanim memilih untuk memakai niqab adalah kerana ia perintah Allah swt. itu jep." Hanim tenang menjawab. "Ooo. gitu eh? kalau camtu, buleh "share" dengan Fatin tak dalil dalam Quran suh pakai purdah?" Fatin kembali bertanya. Hanim terus membuka alQuran terjemahan yang sentiasa dibawakan bersama. "Ha, ini dia. Baca terjemahan ayat ni. surah al-ahzab, ayat 70-71."
"Hai orang-orang yang beriman bertakwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yg benar. Niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." [Al-Ahzab : 70-71] .
"Eh Hanim, Fatin tak nampak pun ada disebut pasal purdah? Hanim silap tunjuk kot~" Fatin cuba mendapatkan kepastian. "Eh, tak lah. betul la tu. Hanim tak silap. Ok. cuba Fatin bacakan untuk Hanim terjemahan ayat tu."Hanim meyakinkan Fatin. Lalu Fatin pun membaca hingga selesai. "Ok, cuba baca ayat ke dua yang ada kat situ" pinta Hanim.
"Niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." [Al-Ahzab : 71]
"Ok, kali ni, ulang ayat last yang ada diayat ke 71 tu." pinta Hanim lagi.
"Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
Baca Fatin sambil tersenyum kagum. "Dah dapat apa yang Hanim nak sampaikan?" tanya Hanim. "MashaAllah, mentaati Allah dan Rasul akan dapat kejayaan yang besar. Itu janji zat yang mencipta kita. Dialah yang mengetahui kejayaan sebenar buat kita. Bukan kejayaan biasa pulak tu. Allah janji kejayaan yang besar lagi~" Ulas Fatin tanda kagum dan terharu.
"Yup~ itulah sebabnya Hanim memilih jalan ini. Sebab jalan inilah yang ada jaminan kejayaan oleh yang maha Pencipta. Biarlah orang kata Hanim "extremist" atau ape2 pun Hanim tak kesah, sebab ini lah jalan yang sepatutnya semua orang pilih. Iaitu jalan yang ditunjukkan oleh Nabi saw tercenta dan sahabat serta sahabiyah baginda. mereka itu manusia yang dijamin syurga. siapa lagi yang kita nak jadikan contoh kalau bukan mereka." tambah Hanim.
"Allah~lepas ni Fatin pun pakai purdah jugak la! heee~" Fatin memberi azam. "Amin ya Rab. suke sangat bila Hanim dengar Fatin cakap camtu" Hanim mengambil hati. "hehehe...emm! baru Fatin teringat. Fatin pernah terdengar seorang ustaz bagitahu. Fatin tak ingat pulak sama ada hadis atau pepatah. Tapi, ustaz tu bagitahu. Antara sifat ahli syurga adalah dia seorang yang lurus (bendul)" Fatin cuba berkongsi ilmu. "Lurus? apa maksud Aqilah dengan lurus? " Hanim inginkan kepastian.
"Haaaa..."lurus" yang ustaz tu maksudkan ialah, ahli syurga ni, dia tak banyak songeh dalam mentaati perintah Allah swt. Bila dia tau itu perintah Allah swt, maka dia terus buat. tanpa berkira, memberi alasan dan mempertikaikannya. dan Fatin nampak sifat ini ada pada Hanim! Hebatlah Hanim ni!" Fatin mengagumi Hanim.
"Oooo..kire Fatin nak kate Hanim ni "lurus" la eh?" Hanim bergurau. "Eh? Buleh jugak kot~ haha" spontan jawapan dari Fatin. "Amboih~" Hanim mencubit manja bahu Fatin. Kedua-dua mereka ketawa kecil. Tiba-tiba satu suara garau menerpa, "Ayoyoyo~ tak mau balek lagi ka~? semua orang sudah balek la..saya mau tutup ini bilik la~" tegur Pak Guard yang berbangsa India. Penat menunggu agaknya.
"Eh, sori uncle, ok, ok, kami dah nak balek dah ni..hehehe...jom Hanim~" Fatin memberi respon kepada pak Guard tersebut. Mereka pun beredar bersama-sama.
"Beramallah kerana taqwa, bukan kerana fatwa"
Semoga kalian istiqamah!
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment