ZINA HATI. BAGAIMANA IA TERJADI??
Dulu, dulu-dululah, masa saya masih di zaman Jahiliah saya sendiri (huhu), saya selalu dengar ‘orang’ cakap..
“kau rindu dia? Kau jangan..tu zina hati dah..berdosa!”
“kau ni, asyik sebut nama dia sahaja..kang dah rindu, kena zina hati, kau juga yang berdosa!”
So, pada masa tu, saya ada sedikit keraguan sikit. Sebab, salahkah rindu? Salah sebab rindu pada yang bukan mahram. So, nak rindu dekat sepupu, cikgu dan anak-anak murid tu? Salah juga? ^^
Itu soalan peribadi saya waktu dululah. Hehe. Saya simpan saja. Tak tahu nak tanya dengan siapa. Tapi sekarang, saya dah kenal ramai orang-orang yang mantap dan kuat hujah serta praktikal agamanya (takdela ramai sangat..hehe).
Tapi, masa tu, saya tetap pegang satu prinsip ni. Rindu tu kan fitrah. Takkanlah salah kan??! So, masa tu, saya memang selalu rindukan kawan-kawan saya (lelaki dan perempuan), rindu sepupu-sepupu saya (sebab dah lama tak jumpa), rindu dengan cikgu-cikgu saya. ^^
Bagi saya, zina hati tu adalah apabila kita merindui seseorang secara berlebihan hingga syaitan berjaya menakluki fikiran kita hingga kita memikirkan perkara yang bukan-bukan (seperti zina).
Sebenarnya Zina Hati
Baru-baru ni, seorang sahabat sejati saya di Jordan, ada berkongsi sedikit ilmu. Dia bercerita tentang pengalaman menghadiri kursus ilmu bersama Dr.Maza. Saya sememangnya agak cemburu dengan dia sebab dia dapat bertemu dan mendengar ceramah ilmu dari Dr.Maza dan pernah berjumpa serta menghadiri bengkel penulisan bersama Hilal Asyraf di sana. Memang terbaiklah! Sebab tu, saya tak sabar sangat nak masuk Universiti (insyaAllah, bulan 9 ni, doakan tau!). Sebab bila dah dekat Universiti, akan ada banyak aktiviti-aktiviti ceramah agama daripada ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang sememangnya mantap ilmu agamanya. Best!
Oh ye, kawan saya tu, ada berkongsi ilmu tentang zina hati. Katanya, ini serba sedikit daripada ceramah Dr.Maza. Zina hati itu ialah apabila kita merindui seseorang yang bukan mahram sambil fikiran membayangkan serta berniat melakukan zina bersamanya. Kalau rindu sekadar rindu, itu fitrah. Biasa. Sebab manusia memang ada perasaan.
Kawan saya suruh saya baca satu blog ni sebagai rujukan. Alhamdulillah, bermanfaat! ^^
Ohh..so, betullah prinsip saya masa saya di alam Jahiliah saya tu. Hehe. Alhamdulillah. Sekarang, saya dah faham dan punya hujah. ^^
Saya pun luangkanlah masa baca blog tu. Alhamdulillah. Ini antara hujah yang saya akan cuba ingat. Ilmu itu kan di dada. ^^
Rindu pada bukan mahram itu dianggap zina hati??
“Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan istri-istri (hendaklah para istri itu) menangguhkan dirinya (beridah) empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis idahnya, maka tiada dosa bagimu (para wali) membiarkan mereka berbuat terhadap diri mereka menurut yang patut. Allah mengetahui apa yang kamu perbuat.” (Surah Al-Baqarah : 234)
“Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran ataukamu menyembunyikan (keinginan mengawini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kawin dengan mereka secara rahasia, kecuali sekedar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang makruf. Dan janganlah kamu berazam (bertetap hati) untuk berakad nikah, sebelum habis iddahnya. Dan ketahuilah bahwasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu; maka takutlah kepada-Nya, dan ketahuilah bahwa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun.” (Surah Al-Baqarah : 235)
Dalam ayat ini dan ayat sebelumnya, menceritakan tentang عدة / iddah (tempoh suci) perempuan yang bercerai dengan suaminya. Kemudian ada lelaki ajnabi yang mengintai-intai peluang untuk melamar perempuan ini.
Lalu Allah berfirman – ((Allah Maha Mengetahui bahawa kamu akan mengingati perempuan tersebut, tetapi jangan kamu berjumpa dengan perempuan itu secara rahsia kecuali dengan berkata-kata perkara yang baik)).
Syed Qutb dalam tafsirnya berkata:
“Dan Allah telah mengharuskannya kerana itu berkaitan dengan kecenderungan fitrah yang halal pada asalnya, harus pada zatnya dan Islam itu tidak menghancurkan kecenderungan fitrah tetapi membajainya, dan tidak menekan naluri kemanusiaan tetapi mengawalnya. (Rujuk Fi zilali Qur’an oleh Syed Qutb, jilid 1, m/s 238).
Bukankah perempuan yang baru berpisah dengan suaminya merupakan perempuan ajnabiyyah kepada lelaki lain yang mahu melamarnya??? Tapi mengapa Allah langsung tidak mengatakan kepada lelaki ajnabi itu tak boleh mengingati perempuan tetapi hanya berpada dengan berkata – ((Allah Maha Mengetahui bahawa kamu akan mengingati perempuan tersebut tetapi jangan kamu berjumpa dengan dia secara rahsia)).
Justeru apa yang dapat difahamai daripada ayat tersebut adalah: Tiada masalah dalam mengingati perempuan tersebut, tapi jangan fikir nak buat yang bukan-bukan yang bertentangan dengan syarak’. Itulah apa yang sepatutnya difahami daripada firman Allah tersebut.
Oleh itu, melihat bukan mahram bukanlah serta-merta boleh digolongkan sebagai zina mata. Yang tergolong “zina mata” adalah pandangan yang menggoda dan penuh syahwat.
Dengan itu juga, menyampaikan kata-kata mesra kepada bukan mahram bukanlah semestinya tergolong sebagai “zina lisan”. Yang tergolong sebagai “zina lisan” adalah kata-kata pujuk rayu dan godaan kepada nafsu berahi.
Begitu juga halnya dalam masalah mengingati atau merindukan si dia atau pun merasakan getaran di hati ketika memikirkan si dia, bukanlah serta merta boleh tergolong sebagai “zina hati”.
Pengertian “zina hati” adalah mengharap dan menginginkan berzina sebagai memenuhi syahwat.
Rujukan : Memahami Erti Zina Hati (Bahagian 1)
Memahami Erti Zina Hati (Bahagian 2)
Itu sajalah perkongsian ilmu tentang zina hati. (kalau nak baca lebih lanjut dan lebih panjang, sila baca di blog rujukan yang telah saya berikan link di atas ni). ^^
Bab Soal Hati, Saya Tetap Tegas!
Apapun, untuk diri saya sendiri, prinsip diri saya sendiri, bila masuk soal hati, saya memang agak tegas. Saya lebih suka dengan sesuatu fatwa yang agak ‘keras’ supaya saya lebih berhati-hati dan lebih rasa takut pada Ilahi. Kalau saya terlalu berpegang pada prinsip dan fatwa yang agak ‘rapuh’, maka, saya akan mudah untuk mempermudahkannya. Saya akan rasa yang kalau buat itu, takpe, boleh lagi, tak haram.
Contoh : Isu Bercouple. Kalau saya pegang pada prinsip dan fatwa yang kata “bercouple” itu tidak haram (contoh sahaja, rasanya tidak ada fatwa begini, sebab hukumnya memang haram). Boleh. Maka, saya akan buat sedemikian. Takpe, bercouple saja, bukan pegang-pegang tangan pun. Kerap ber’sms’ saja. Dengar suara manja si dia saja. Takpe.
Malah, ada juga yang masih boleh beralasan, “alah, berzina saja, takedelah sampai mengandung!”.
So, bab soal hati, saya memang tegas dan agak ‘keras’ sebab saya belum bersedia. Belum bersedia untuk bernikah! ^^ Kalau saya berlembut, semuanya jadi boleh. Yang haram pun boleh jadi halal. Saya lebih gemar untuk menjauhi perkara-perkara lagha (melalaikan) dan saya lebih suka untuk mencegah daripada mengubati. ^^
“Maka tidak pernahkah kamu berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya, bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.” (Surah al-Hajj : 46)
Sebab tu saya selalu berusaha untuk berhati-hati dalam soal menjaga hati. Kerana dari situ, segalanya mungkin terjadi. Termasuklah zina hati! Na’uzubillah!
“(Hari kiamat ialah) hari yang mana tidak berguna harta dan sekalian anak pinak kecuali orang yang membawa hati yang sejahtera. (Surah al-Syu’ara 26: 88-89)”
Dari mata, turun ke hati. Dari situ kita kena hati-hati. Sebab tu kita kena dan sentiasa tundukkan pandangan bila berhadapan dengan bukan mahram. Sebab syaitan sentiasa akan menyuntik hasutan dan godaannya. Hati ini bersifat bolak-balik. Tak stabil. Sebab tu kita kena banyak mengingati yang mencipta lebih dari yang dicipta. ^^
“Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” (Surah Ar-Ra’d : 28)
Hati kita perlu dijaga bukan saja dari dihinggap zina hati malah dari perkara-perkara yang boleh menghampirinya. Mata menjauhi dari memandang perkara maksiat. Mulut menjauh dari berkata-kata kesat dan mengumpat. Telinga menghindari dari mendengar perkara-perkara aib dan menjatuhkan maruah orang serta lagu-lagu yang berinti maksiat. Tangan pula menghindar daripada menyentuh sesuatu yang haram. Kaki juga tidak melangkah ke tempat-tempat maksiat. Hati dilindungi dari merindui secara berlebihan. Cukuplah rindu sekadar rindu. Jangan terlalu dilayan sangat ye! Nnati syaitan bakal masuk ‘line’! Dah masuk ‘zone’ bahaya tu! Istighfar banyak-banyak.
“pada hari (ketika Kiamat), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan (di dunia dahulu).” (Surah Al-Nur : 24)
Rasa suka itu memang fitrah, kerana menyedari perasaan seumpama itu suatu fitrah maka seseorang insan itu tidak perlu terlalu memberatkannya. Ada rasa namun tidaklah disusuli usaha (sebab belum bersedia).Malah dibiarkan rasa itu singgah dan berlalu seperti itu sahaja, tidak melekat di jiwa. Hati pun lega! ^^
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda : “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu tetapi Allah melihat kepada hati-hati kamu.” (Riwayat Muslim)
Mari sama-sama kita perbanyakkan mengingati mati lebih daripada memikirkan soal hati. ^_^Tanyalah Iman Kita
Mulut sentiasa berbicara tentang cintakan Ilahi, namun hati sibuk mencari cinta pujaan hati. Suara lantang menegakkan kebenaran, namun jiwa ingin merasai nikmat percintaan yang tidak ditabalkan. Munajat mengalir di ruang lidah, namun jasad tak kuat nak bermujahadah. Kita bilang sayangkan DIA, tapi hakikatnya, si dia tetap pertama di sanubari kita. Kita janji dalam solat yang hidup dan mati kita hanya untuk-NYA tapi usaha kita lebih ke arah mengejar cinta si dia. Kita impikan Syurga namun jalan ke Neraka yang memenuhi langkah kita. Adakah kita letakkan DIA hanya di bibir tanpa membuktikannya?? Kerana dia, kita pinggirkan DIA. Adakah DIA berpuas hati?? Tepuk dada, tanya iman kita yang masih bersisa.